Tuesday, 18 June 2019

RM200 Ribu Peruntukan Baiki Rumah DUN Ladang

SHARE
Dato' Tengku Hassan (kiri) meninjau sebuah rumah penduduk miskin di DUN Ladang.
KUALA TERENGGANU, 18 Jun - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM200 ribu untuk program 'Rumah Peduli Rakyat' bagi membaiki 20 buah rumah rakyat berpendapatan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, dari jumlah itu sebanyak enam buah rumah keluarga berpendapatan rendah itu berjaya dibaiki sebelum menjelang 1 Syawal Aidilfitri baru-baru ini.

Rumah yang siap dibina itu termasuk tiga buah dari Kampung Masjid Haji Kadir, Gong Kapas (dua) dan  Sri Tanjung (sebuah).

Katanya, baki sebanyak 14 buah rumah lagi akan dibaiki tidak lama lagi.

Ketika dihubungi berkata, setiap rumah diperuntukkan sebanyak RM10 ribu dan kerja baikpulih kerosakan rumah berkenaan dikendalikan oleh enam orang kontraktor.

Kos itu katanya dikeluarkan dari peruntukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


"Baiki rumah itu percuma sahaja khusus untuk mereka yang miskin dan tidak mampu untuk baik pulih rumah yang telah rosak.  Penghuni dari enam buah rumah tersebut sempat berhari raya aidilfitri dalam keadaan rumah mereka lebih selesa selepas dibaiki.

"Saya akan usahakan agar 14 buah rumah lagi segera dibaiki dalam masa terdekat," jelasnya.

Beliau turut melawat rumah-rumah berkenaan selepas dibaiki baru-baru ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: