![]() |
Dr. Samsuri sentiasa jadi tumpuan rakyat. |
DUNGUN, 16
Jun - Masyarakat yang berkunjung ke Majlis Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN)
Rantau Abang semalam tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun terharu dengan kesudian tokoh
berkenaan dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman menghadiri majlis tersebut.
"Kita
lihat semua yang hadir tidak kira samada anak-anak, muslimin dan muslimat,
malah ada di kalangan Pemuda dan Ameerah (PAS) mengambil kesempatan untuk bergambar
dan berswafoto bersama beliau kerana rasa teruja dengan kebolehan dan
keupayaannya mentadbir Negeri Terengganu.
“Kehadirannya
serta para pimpinan negeri benar-benar menambah seri majlis hari ini,” katanya
ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) usai majlis tersebut yang
diadakan di perkarangan Balai Raya Kampung Pulau Serai, di sini semalam.
![]() |
Dr. Samsuri dan isteri serta Alias turut beramah mesra dengan penduduk yang hadir. |
Hadir sama,
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli; Pengarah UPDI, Mohd Soud Said
serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran
Dungun, Lizan Che Mat.
Majlis yang
bermula seawal jam 10.30 pagi itu turut dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat
termasuk, wakil-wakil dari jabatan kerajaan dan pihak swasta, badan beruniform
dan pengunjung luar negeri.
Alias berharap
majlis tersebut dapat dijadikan medan mengeratkan silaturahim dan saling kenal
mengenal tanpa mengira fahaman politik.
"Ini
majlis anak beranak bagi penduduk di sini. Mana yang lama tidak jumpa, dapat
berjumpa dan bertegur sapa.
“Lupakan segala
sengketa dan anjurkan maaf-bermaafan kerana
kita inginkan hubungan yang kukuh kerana Allah dan Islam," pesannya
mengingatkan hadirin.
0 komen: