Thursday, 27 June 2019

Pre-Council Sulung Ahli Parlimen Pembangkang Akhir Jun Ini

SHARE

Ahmad Amzad (dua dari kanan) di satu Majlis Aidilfitri di Kuala Terengganu, hari ini.
KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Ahli-ahli Parlimen PAS dan Barisan Nasional (BN) buat julung-julung kalinya akan mengadakan mesyuarat 'pre-council' di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur 30 Jun ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, mesyuarat tersebut akan membincangkan isu-isu berkait dengan masalah negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH), menjelang Persidangan Dewan Rakyat 1 Julai ini.

"Itu kali pertama 'pre-council' yang menghimpunkan Ahli-ahli Parlimen daripada PAS dan juga UMNO secara rasmi bagi menangani pelbagai isu rakyat secara bersama.

"Isu yang dijangka akan dibincangkan termasuk 'inquest' (siasatan kehakiman untuk menentukan fakta yang berkaitan dengan kematian) Adib, Peguam Negara, tuduhan terhadap PAS berkait dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), pengambilalihan empat konsesi lebuhraya melibatkan kewangan yang besar iaitu RM6.2 bilion dan beberapa isu lain," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Amzad, pengambilalihan konsesi itu membabitkan  perbelanjaan besar dan membebankan rakyat kerana ada di antara lebuh raya itu akan tamat tempoh dalam masa empat tahun lagi.

"Jadi, ini semua mungkin menjadi latar belakang kepada perbahasan di Parlimen," jelasnya lagi.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: