Thursday, 13 June 2019

PMINT Tambah Baik Sistem Keselamatan Lif Pangsapuri Tok Pelam - Dr Alias Razak

SHARE
Dr Alias (dua dari kanan) menyatakan sesuatu kepada beberapa orang pegawai PMINT dan pihak pengurusan Pangsapuri Ladang Tok Pelam ketika tinjauan dibuat semalam.
KUALA TERENGGANU, 13 Jun - Kerajaan negeri akan menambah baik sistem lif di Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini dalam masa terdekat bagi kemudahan dan keselamatan penghuni pangsapuri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, untuk itu kerajaan negeri mencadangkan supaya pengurus pangsapuri berkenaan iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memasang televisyen litar tertutup (cctv) dalam lif dan sebuah loceng penggera diletakkan dalam bilik pengawal keselamatan pangsapuri tersebut.

Di samping itu katanya, PMINT dicadangkan supaya memasang sistem pemantauan 'online' yang dihubungkan kepada pegawai berkenaan serta pihak pengurusan pangsapuri bagi memastikan sistem lif sentiasa dipantau dengan berkesan.

Beliau berkata demikian selepas tinjuan dibuat di pangsapuri berkenaan semalam. Turut serta beberapa orang pegawai PMINT dan pihak pengurusan pangsapuri.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, hasil dari tinjauan tersebut kerajaan negeri mendapati tiada maklumat berkaitan dengan kerosakan lif berkenaan dimaklumkan kepada pihak pengurusan pangsapuri melainkan diketahui melalui status facebook seorang netizen kelmarin.

Katanya, dalam tinjauan tersebut didapati keadaan lif adalah baik dan sistem alarm berfungsi seperti biasa, sementara penyelenggaraan dibuat secara berjadual.


Kelmarin seorang neti
zen memuat naik dalam status facebooknya satu dakwaan bahawa seorang penghuni terperangkap dalam lif di pangsapuri itu selama 15 minit.

Netizen itu mendakwa penghuni berkenaan telah menekan butang alarm berkali-kali tetapi tiada bantuan sampai dengan segera.

Bagaimanapun netizen itu tidak memaklumkan bagaimana penghuni berkenaan berjaya dikeluarkan dari lif tersebut.

Status terbaru, netizen tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Alias dan pegawai PMINT serta pihak pengurusan pangsapuri itu kerana menguji sendiri tahap keupayaan dan keselamatan lif di pangsapuri tersebut semalam.

"Dapat makluman daripada rakan PMINT tadi, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, YB Dr Alias Razak serta pihak pengurusan PMINT telah turun padang melihat sendiri keadaan lif-lif yang berisiko di Apartmen Ladang Tok Pelam.

"Beliau menguji sendiri tahap daya tahan lif yang ada dan mendengar taklimat daripada pihak PMINT berkaitan isu-isu yang berlaku di sana. Terima kasih YB Dr Alias. Terima kasih banyak-banyak," ujarnnya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: