Wednesday, 5 June 2019

Penjenamaan Drawbridge, Serah Keputusan Pada Istana - MB Terengganu

SHARE
Foto oleh - Media MB
KUALA TERENGGANU, 5 Jun - Kerajaan negeri sedang menunggu keputusan dari pihak istana untuk menjenamakan jambatan angkat (Drawbridge) Muara Sungai Terengganu.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri mempunyai beberapa cadangan nama dan telah diserahkan kepada pihak istana untuk membuat keputusan.

"Tidak ada sebarang 'deadline' untuk itu, kita tunggu pihak istana membuat keputusan," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri di perkarangan Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, di sini hari ini.


Turut hadir memeriahkan majlis, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, kakitangan awam, dif-dif kehormat dan kira-kira 4,000 pengunjung.

Majlis bermula 11 pagi hingga 4 petang.

Menjawab soalan wartawan, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, aliran trafik di jalan raya khususnya dalam bandar seluruh negeri Terengganu agak baik tahun ini berbanding tahun lepas.


Ini katanya, adalah hasil dari kerjasama antara semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta pengguna jalan raya.

Begitu juga dengan trafik di drawbridge agak baik selepas dibuka untuk laluan kenderaan kepada pengguna jalan raya  baru-baru ini.

JusteSekali gus beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan usaha murni itu bagi memastikan rakyat berhari raya dengan selamat termasuk anak Terengganu dari perantauan.

"Saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya kepada semua, maaf zahir dan batin," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: