Sunday, 16 June 2019

PASTI Pilihan Ibu Bapa

SHARE


Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin

MARANG, 16 Jun- Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa walaupun terdapat banyak pilihan kelas pendi­dikan awal kanak-kanak anjuran pelbagai pihak di negara ini.

Pengarah Akademi Didik Ulama Terengganu (DUAT), Ustaz Ramlan Mahmood berkata, kini terdapat hampir 10,000 kanak-kanak mengikuti kelas PASTI dan melibatkan 3,000 guru di negeri ini.

Katanya, PASTI adalah pilihan terbaik bagi anak-anak pra-sekolah yang mementingkan aspek pendidikan berteraskan syariah Islam di Malaysia.

“PASTI di bawah urus tadbir Dewan Pemuda PAS telah menunjukkan prestasi yang baik diperingkat negeri-negeri terutamanya di Terengganu dan diterima baik oleh masyarakat.

“Ini menunjukkan prestasi yang baik buat PASTI dan kita juga melihat masyarakat dapat menerima kaedah yang dibawa oleh PASTI,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Negeri Terengganu dan Sambutan Hari Raya di Dewan Tok Guru, Rusila, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Mohd Al-Ghazali Abu Bakar dan Pengurusi Masjis Guru PASTI Negeri Terengganu, Noriah Koter.

Sementara itu, Ramlan turut memuji guru-guru PASTI yang memberi perubahan terhadap masyarakat untuk mengenal Islam dan dapat menarik orang ramai untuk bersama-sama berjuang bersama Islam.

"Guru-guru PASTI adalah guru yang istimewa dimana banyak memberi mesej-mesej dakwah kepada masyarakat disamping memberi perubahan kepada masyarakat yang menginginkan Islam dan menarik orang ramai untuk bersama dengan Islam,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: