Wednesday, 5 June 2019

Sengkang Mata Demi Tugas Di Pagi Syawal

SHARE
Petugas kebersihan MBKT masih bekerja sampai 6 pagi, 1 Syawal ini.
KUALA TERENGGANU, 5 Jun - Demi menjaga kebersihan bandaraya Kuala Terengganu, petugas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terpaksa bersengkang mata sehingga jam 6 pagi.

Pada pagi 1  Syawal ini, mereka keletihan membanting tulang di saat kaum keluarga menikmati syahdunya pagi raya.

Mereka bersengkang mata demi tugas pada malam raya, menyelusuri lorong-lorong kampung, taman-taman perumahan dan kawasan tumpuan pengunjung khususnya di Taman Shah Bandar untuk memastikan semua sampah sarap bertimbun diangkut keluar oleh lori pengangkut sampah MBKT.

Petugas tidak didendang ini terpaksa bersekang mata ketika penghuni Bandaraya Kuala Terengganu diulit mimpi.
Kawasan yang dipopularkan Chow Kit Ramadan itu menjadi tumpuan pembersihan sisa-sisa buangan peniaga-peniaga pakaian di situ.

Sampah berselerak mencemar pandangan, mengotorkan bandaraya Kuala Terengganu.

Janji peniaga untuk menjaga sendiri kebersihan tidak ditepati.

Seramai kira-kira 220 petugas kebersihan termasuk kira-kira 80 orang petugas tetap MBKT dan selebihnya petugas kontrak, bertungkus-lumus menyapu dan membersih kawasan sehingga pagi ini.

Itulah nasib mereka, petugas tidak didendang, akibat keingkaran peniaga dan orang ramai tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan bandaraya mereka.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: