Friday, 21 June 2019

Muktamar PAS: 'Sistem Pendidikan PH Celaru’- Presiden PAS

SHARE
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Oleh:Fidee Aziz

KUANTAN, 21 Jun - Kerajaan Pakatan Harapan(PH) gagal memperkenalkan sistem pendidikan bertunjangkan agama dalam menyelesaikan masalah sosial berleluasa di Malaysia hari ini.

Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana pencapaian pelajar hanya menggunakan kayu pengukur tidak menyeluruh bagi menjadikan sistem pendidikan menjadi terbaik.

“Guru-Guru diperkenalkan dengan eksperimen baharu yang terus memberi penekanan kepada bidang perguruan.

“Mereka (Kerajaan PH) menjadikan guru dan murid sebagai bahan eksperimen dengan memperkenalkan dasar-dasar baharu," jarnya

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar  di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Dato’Seri Azlan Man.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: