Wednesday, 19 June 2019

Muktamar PAS : Sedia Temui Semua Pihak

SHARE
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
KUANTAN, 19 Jun - PAS menyambut baik hasrat sesetengah pihak untuk berta’awun sekali gus melihat masa depan politik negara dengan lebih berfokus supaya tidak terpalit dengan sentimen perkauman.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS ada peranan sekali gus mengadakan pertemuan dengan MCA, MIC dan parti-parti lain.

“Ada (masa) yang kita (PAS) berjumpa dengan cara berkunjung ke pejabat mereka dan ada (masa) mereka datang ke pejabat PAS.

“Jadi hubungan ini kita akan teruskan,” jelasnya.

Datuk Tuan Ibrahim (kanan) bersalaman dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia di Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-60 di Bukit Gambang Resort City Pahang.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke-60 di Bukit Gambang Resort City, di sini hari ini.

Mengulas ketidakhadiran wakil MCA ke muktamar tersebut, beliau berkata, PAS telah menjemput semua parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk hadir ke Muktamar PAS kali ini.

“Saya dimaklumkan bahawa MCA ada mesyuarat pada hari ini, jadi parti itu tidak menghantar wakil untuk hadir,” ujarnya.

Bagaimanapun, UMNO dan MIC menghantar ketua dan kepimpinan tertinggi pemuda masing-masing untuk hadir ke muktamar berkenaan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: