Sunday, 23 June 2019

Muktamar PAS : Kesucian Islam Terus Dipelihara - Husain Awang

SHARE

Dato' Husain Awang.
Oleh:Fidee Aziz

KUANTAN, 22 Jun - Ucapan Dasar Presiden PAS semalam membuktikan kesucian dan keagungan Islam akan terus dibela oleh parti itu.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Husain Awang berkata, penekanan tentang konsep islam dalam pentadbiran sesebuah negara dan organisasi amat penting supaya unsur luar tidak membarah dalam masyarakat.

Jelasnya, usaha itu penting berikutan perkembangan yang sangat membimbangkan berlaku dalam Malaysia.

“Ucapan dasar merupakan benteng yang terakhir untuk mempertahankan kesucian islam dan keangungan agama Allah S.W.T.

“Ucapan yang mengambarkan tentang perkembangan politik semasa dan juga langkah-langkah yang perlu diambil dan difahami oleh para perwakilan ke arah mengembalikan kedaulatan negara dan perlembangaan,” ujarnya lagi

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini harini.

Muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu mengumpulkan semua penggerak PAS dari seluruh negara.

Ia menjadi medan bermuhasabah, melakar hala tuju dan memilih pemimpin baharu untuk menerajui parti tersebut.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: