Sunday, 2 June 2019

Madinah Ramadan DUN Bukit Besi Beri Kesan Positif

SHARE



Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 2 Jun - Program Madinah Ramadan yang julung kalinya diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi telah memberi kesan positif kepada masyarakat setempat.

Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, penganjuran program berkenaan menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan beramal dengan ajaran agama sepenuhnya

"Ia menjadikan masyarakat disini dapat juga merasai dan didedahkan bagaimana bentuk atau format Madinah Ramadan sebagaimana yang dilakukan di Peringkat Negeri Terengganu.

"Objektif program ini, supaya rakyat didedahkan bahawa ilmu agama itu sewajarnya dijadikan budaya dalam kehidupan bagi memacu kehidupan yang baik dan selaras dengan matlmat kerajaan negeri iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS)," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Program Madinah Ramadan siri akhir, di Bazar Ramadan Hentian Bas Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini baru-baru ini.



Menurut Ghazali lagi, program tersebut dibawa ke setiap daerah-daerah di seluruh Terengganu bermula Ramadan tahun ini.

Program itu juga diadakan untuk turut menghargai jasa imam tarawih dari 23 cawangan seluruh DUN Bukit Besi.

"Di Dungun ia dilakukan secara bergilir-gilir diantara empat buah DUN yang melibatkan Sura, Rantau Abang, Paka dan Bukit Besi.

"Kita juga memberi sedikit sumbangan saguhati diatas khidmat yang diberikan sepanjang program berkenaan kepada semua imam," jelasnya.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli pada 21 Mei lalu itu diisi dengan diadakan kuliah pada setiap petang sebelum masuk waktu berbuka.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: