Wednesday, 12 June 2019

Lima Buah Rumah Terjejas Dipukul ‘Kepala Angin’

SHARE

Sulaiman (kanan) melihat keadaan rumah yang terjejas bersama sebahagian penduduk.


Oleh : Khairan mat Jusoh

MARANG, 12 Jun - Sebanyak lima buah rumah terjejas akibat dipukul ribut ‘kepala angin’ yang melanda Kampung Cerang Cina, Batu 14, petang semalam.

Kesemua rumah berkenaan mengalami kerosakan di bahagian atap yang sebahagian besarnya diterbangkan ribut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong melahirkan rasa dukacita dan simpati atas bencana yang menimpa mangsa.

"Kita akan cuba tangani masalah ini dengan secepat mungkin supaya mereka boleh meneruskan kehidupan harian dengan lebih tenang dan selesa,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman sewaktu melawat ke lokasi kejadian.
Sebahagian atap diterbangkan angin di salah sebuah rumah terlibat.

Sulaiman turut mengarahkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung itu untuk mengambil maklumat dan data mangsa untuk mempercepatkan tindakan dan proses bantuan.

Selain itu, pemilik kepada sebuah restoran yang berdekatan lokasi, Roslan Muda, 32, turut mengalami kerugian apabila tiga gazebo di restorannya tumbang menyembah bumi akibat insiden itu.

Walaubagaimanapun, dia menyatakan kos baik pulih kerosakan itu akan diusahakan sendiri selain berharap rakan-rakannya yang menjadi mangsa dapat dibantu dengan segera.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: