Sunday, 2 June 2019

Ketetapan Waktu Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri Bagi Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Adalah dimaklumkan ketetapan waktu sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019M bagi masjid dan surau seluruh negeri Terengganu.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Haji Mat Azmi Arshad memberitahu, sukacita dimaklumkan bahawa waktu sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri tahun 1440H/2019M bagi keseluruhan masjid-masjid dan surau-surau di negeri Terengganu telah ditetapkan pada pukul 8.30 pagi.

"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan diminta mendirikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri sebagaimana yang telah ditetapkan," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu surat rasmi bertarikh 29 Mei 2019.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: