Sunday, 16 June 2019

'Jasa Ayah Tidak Mampu Dibalas' - MB Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 16 Jun - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan Selamat Hari Bapa 2019 kepada semua bapa di Malaysia khususnya di Terengganu.

Sempena sambutannya hari ini Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang mengimbau kembali ingatan kepada arwah ayahandanya sambil menyifatkan jasa bapa tidak terhitung dan tidak mampu dibalas.

"Keluarga merupakan asas pembinaan sesebuah masyarakat. Peranan bapa amat penting dalam institusi keluarga sekaligus dalam memanifestasikan 'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'.
"Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan seorang ayah tidak terhitung dan tidak mampu dibalas. Ayah, hero terbaik buat semua. Al-fatihah buat ayahandaku," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian dalam status facebooknya hari ini.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: