Monday, 10 June 2019

Jadikan Ibadah Ramadan Amalan Sepanjang Masa

SHARE
Alias bersama keluarganya di Rumah Terbuka Aidilfitri
Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 10 Jun- Masyarakat diingatkan agar tetap melaksanakan ibadah dengan baik dan jangan sampai ibadah yang telah dilakukan terhenti di bulan Ramadan sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata setelah sebulan umat Islam  mempertingkatkan amalan mendidik diri untuk menjadi insan bertakwa di bulan Ramadan, ia seharusnya  'lekat' sehingga sebelas bulan akan datang.

“Saya berharap ianya tidak terhenti setelah  berakhirnya Ramadan dan alangkah baiknya jika kita dapat memaknakan tarbiah di Madrasah Ramadan dengan  menambah kualiti ibadah kita dengan mendidik kita menjadi insan yang lebih bertakwa," ujar beliau ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri di rumahnya di Gong Pasir, baru-baru ini.

Rumah Terbuka yang diadakan  selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri itu merupakan acara tahunan ADUN berkenaan sejak terpilih menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi.

Alias juga turut menyeru agar amalan saling kunjung mengunjung diteruskan untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

"Hubungan ini akan terjalin dengan  bersama keluarga, saling berkenal-kenalan dengan sanak saudara dan menghulurkan tangan bermaaf-maafan, agar tali persaudaraan kekal terjalin,"ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: