Sunday, 30 June 2019

Isi Borang Bantuan, Jangan Buat Andaian Sendiri - Alias Harun

SHARE

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 30 Jun - Orang ramai yang kurang berkemampuan diharap tidak membuat andaian sendiri berkenaan bantuan yang disediakan agensi-agensi kerajaan sebaliknya, bertindak mengisi borang yang disediakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun menegur sikap sebilangan rakyat yang beranggapan mereka tidak layak  untuk mendapatkan bantuan kerajaan sedangkan daripada pandangan mata kasar mereka layak dibantu.

"Isi dahulu dan hantar kepada agensi berkenaan contohnya borang E-Kasih ke Pejabat Daerah, Pusat Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).

"Mereka ini yang akan menilai dan berkunjung  ke rumah untuk tengok keadaan kitaserta meneliti keperluan hidup kita," katanya ketika ditemui Urusetia penerangan Darul Iman (UPDI)sewaktu mengadakan sesi ziarah di Kampung Tok Kah, baru-baru ini.

Alias yang juga merangkap Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut turut melahirkan kekesalan dengan tafsiran sendiri individu tertentu sehingga menyebabkan salah faham di kalangan masyarakat.

“Disebabkan perkara ini, kerajaan gagal membantu dan bantuan  tidak sampai kepada sasaran yang layak.

"Sedangkan kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bantuan untuk rakyat, samada  zakat MAIDAM, JKM, Yayasan Pembangunan Keluarga, Yayasan Pembangunan Usahawan dan banyak lagi,” katanya.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: