Monday, 3 June 2019

Hotel Permai Agih 500 Bekas Murtabak

SHARE


KUALA TERENGGANU, 3 Jun- Hotel Permai mengagihkan 500 bekas murtabak percuma kepada orang ramai serta pengguna jalan raya di akhir Ramadan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel tersebut, semalam.

Agihan bermula pukul 3.30 hingga 4.30 petang di hadapan hotel itu bertujuan mewujudkan semangat muhibah dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja hotel dan masyarakat setempat.

Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abdul Rahman berkata, program tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan baik.


“Sebanyak 500 bekas murtabak habis diagihkan dalam masa satu jam kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan arah ke bandar.

“Kami mengagihkan murtabak yang disediakan sendiri oleh Eksekutif Chef Hotel Permai, Chef Andri Abas serta kakitangan hotel,” ujarnya seperti yang dipetik di laman Facebook rasmi hotel berkenaan.

Katanya, Hotel Permai memilih untuk mengagihkan murtabak kerana mendapat maklum balas yang sangat positif daripada pengunjung yang berbuka puasa di Bufet Ramadan, Cahaya Restoran hotel berkenaan.

"Tahun lalu, kami agihkan nekbat dan memandangkan murtabak yang disediakan chef kami mendapat sambutan menggalakkan, Ramadan kali ini kami berkongsi rezeki murtabak pula dengan orang ramai," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: