Monday, 17 June 2019

Che Alias Hamid Tokoh Guru Sekolah DAR Terengganu 2019

SHARE
Foto - Hishamuddin Abdullah
KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dinobatkan sebagai Tokoh Guru Sekolah-sekolah DAR Terengganu bagi tahun 2019.

Yang Dipertua PAS kawasan Kemaman itu terpilih atas baktinya sebagai individu yang mengasaskan Sekolah Rendah Islam (SRI) Darul Taqwa sekitar 30 tahun lalu sekali gus menjadi mudir pertama sekolah berkenaan.

Penghargaan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Sekolah-sekolah DAR peringkat negeri yang berlangsung di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, kelmarin.

Turut hadir dalam majlis sambutan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Husain Awang.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Perbandaran Kemaman, Wan Mohd Zaki Wan Abdullah dan Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ismail Osman.

Majlis sambutan berkenaan diadakan bagi meraikan para guru yang memberi bakti dan jasa sepanjang penubuhan institusi pendidikan agama itu. Selain anugerah Tokoh Guru, seramai 26 guru turut menerima Anugerah Guru Cemerlang 2019.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: