Sunday, 30 June 2019

Bicara Darul Iman Medan Kongsi Ilmu - MB Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Kerajaan negeri menganjurkan Bicara Darul Iman sebagai medan perkongsian ilmu antara tokoh-tokoh berwibawa dan peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dalam penganjuran program keilmuan berkenaan.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, objektifnya adalah untuk memberi pendedahan, kefahaman dan ilmu-ilmu yang berguna kepada peserta dalam apa jua bidang kerja masing-masing.


“Kita kena buka minda untuk melihat dari pelbagai sudut supaya akhirnya apa juga kerja yang dibuat memberi keuntungan dan memudahkan kerja kita,” ujarnya ketika berucap merasmikan program Bicara Darul Iman, hari ini.

Program yang memasuki siri kelima itu menampilkan mantan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran khususnya berkaitan dengan pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: