Sunday, 2 June 2019

Aktiviti Penanaman Padi Pengkalan Nangka Mula Operasi

SHARE


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 2 Jun- Aktiviti penanaman padi di Pengkalan Nangka, Besut beroperasi hampir 50 peratus selepas pembinaan ‘Low Wier’ di lokasi tersebut siap sepenuhnya.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh, walau bagaimanapun ianya masih lagi dalam tempoh percubaan bagi mengenal pasti kekurangan yang perlu diperbaiki.

Katanya, petani-petani di kawasan terbabit menjalankan aktiviti menanam padi sudah hampir dua bulan lebih.


"Namun demikian, aktiviti ini tidak dapat dijalankan di semua tempat kerana masih lagi terdapat masalah perparitan yang perlu dibaiki supaya air dapat disalurkan ke semua tempat.

"Saya akan berbincang dengan pihak Jabatan Pertanian bagi mengenal pasti masalah yang perlu ditangani bagi memastikan aktiviti pertanian penduduk di sini dapat berjalan seperti biasa" ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Berbuka Puasa Peringkat DUN Kuala Besut di Markaz Tarbiyah Kampung Baharu, baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: