Sunday, 30 June 2019

26 Pelajar Cemerlang Dirai

SHARE

Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin

MARANG, 30 Jun- Seramai 26 orang terdiri daripada murid serta pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Aidilfitri Peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Laut yang diadakan di Dewan Sivik Kampung Laut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kecemerlangan pelajar terbabit perlu dijadikan contoh oleh calon yang akan menduduki peperiksaan agar terus berusaha untuk menjadi seperti mereka.

'Kita melihat seramai 26 pelajar yang berjaya pada hari ini dan diharapkan agar pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini dapat mengambil contoh ataupun inspirasi untuk terus berusaha bagi mendapat kecemerlangan seperti mereka.

“Bagaimanapun, kecemerlangan akademik perlu selari dengan agama kerana itulah yang menjamin kejayaan kita di dunia dan akhirat,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Aidilfitri Peringkat MPKK Kampung Laut di Dewan Sivik Kampung Laut, semalam.

Sementara itu, Pengerusi MPKK Kampung Laut, Abdullah Ismail berkata, anugerah yang cdiberikan itu merupakan tanda perhargaan kepada pelajar yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

“Anugerah ini sebagai tanda sokongan pihak MPKK kepada pelajar yang berusaha sepenuhnya dan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas dan diharapkan terus mengekalkan kecemerlangan buat masa akan datang,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: