Friday, 14 June 2019

1,200 Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Gong Tok Nasek

SHARE
Sultan Mizan menunaikan solat Jumaat di Masjid Gong Tok Nasek hari ini. Foto - Pok Abbas
Oleh: Wan Luqmanul Hakim

KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Hampir 1,200 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Sultan Mizan, yang tiba jam 1.00 tengah hari, turut diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.

Foto - Wan Luqmanul Hakim
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

Foto - Ammar Pok Lan

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: