Wednesday, 19 June 2019

11 Kediaman Terjejas Ribut Di Besut

SHARE

KUALA TERENGGANU, 19 Jun - Hujan lebat dan angin kencang serta ribut yang melanda daerah Besut petang semalam mengakibatkan 11 rumah terjejas.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), sebanyak empat buah rumah rosak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Bukit Jeruk, Kampung Bukit Tanah dan Kampung Nibong.

Manakala, di DUN Jerteh, tiga buah rumah rosak di Kampung Kubang Bembam, serta sebuah rumah terjejas masing-masing di Kampung Padang Luas Dalam, Kampung Pak Da Malik dan Berhala Tambun Nyiur 7.

Kawasan terakhir yang disahkan terjejas ialah DUN Kota Putera dengan sebuah rumah rosak di Pekan Sari Tembila.

Menurut sekretariat JPBD Besut, tiada sebarang kemalangan jiwa akibat bencana tersebut.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: