Thursday, 27 June 2019

10,000 Pengunjung Meriahkan Rumah Terbuka Perdana Daerah Hulu Terengganu

SHARE

Dr. Ahmad Samsuri menunjukkan kepakaran mengoreng mee di Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang semalam.
HULU TERENGGANU, 27 Jun - Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang diadakan semalam.

Pegawai Daerah, Johan Ibrahim berkata, beliau tidak menyangka ia mendapat sambutan yang begitu baik dari semua pihak termasuk jabatan-jabatan yang terlibat.

“Untuk sambutan rumah terbuka, kita libatkan 25 jabatan yang ada di daerah ini dengan pelbagai menu pilihan yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari semua pihak termasuk orang ramai yang datang dari segenap lapisan termasuk pemimpin setempat.

“Terdapat 30 menu disediakan dan syukur ia mencukupi untuk tetamu yang hadir sejak pagi,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis sambutan hari raya yang diadakan di Dewan Komunitin Kuala Berang.

Johan Ibrahim.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang meluangkan masa hampir satu jam bersama rakyat.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh, ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim dan ketua-ketua jabatan.


Dalam majlis yang sama, seramai sepuluh orang yang terpilih turut menerima sumbangan hari raya berupa barangan makanan daripada Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Sultan Mahmud Kenyir.

Tambah Johan, konsep sambutan secara bersepadu merupakan yang terbaik bagi mengelakkan pembaziran termasuk menjimatkan peruntukan.

"Ia juga mampu mengeratkan silaturrahim dan menjimatkan peruntukan kerajaan negeri kerana setiap jabatan akan mengeluarkan peruntukan mereka sendiri untuk penyediaan menu untuk rumah terbuka perdana ini,” ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: