Sunday, 2 June 2019

100 Peserta Jayakan Quran Hour Permai Hotel Terengganu

SHARE
KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Permai Hotel Kuala Terengganu berjaya menyertai Quran Hour yang telah diadakan secara serentak di seluruh dunia pada 30 Mei lalu, di sini.

Penyertaan kira-kira 100 orang jemaah di Dewan Intan untuk membaca al-Quran beramai-ramai merupakan satu usaha murni untuk memupuk nilai kehidupan berlandaskan kepada ajaran al-quran.

Program itu sekali gus sebagai satu usaha untuk meningkatkan kemampuan diri selari dengan isi kandungan ajaran kitab suci tersebut.

World Quran Hour yang sudah memasuki tahun keempat penganjurannya mengangkat tema 'Solusi Cabaran Sejagat'.


Surah yang menjadi pilihan dalam siri kali ini pula ialah Surah Al-Kahfi dan bacaan telah diketuai oleh Ustaz Che Mohd Fakhrul Rozi sementara tazkirah pula disampaikan oleh Ustaz 
Aizi Saidi bin Abdul Aziz dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Surah itu dipilih kerana ia mampu menjadi benteng pertahanan yang kukuh dalam menangkis banyak dugaan dalam menjalani kehidupan seharian seterusnya mampu menjadikan proses transformasi diri secara berterusan seterusnya membentuk sebuah Negara Berbudi dan Penyayang.

Terlibat sama dalam program yang berlangsung selama satu jam itu ialah wakil-wakil dari Terengganu Inc., Primula Hotel, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMA (A) SZA), TDM Berhad dan Aman Palestin.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: