Friday, 31 May 2019

Tabung Haji Dan Terengganu Inc Persembah Zakat RM10.3 Juta Kepada Sultan Mizan

SHARE
Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM6.5 juta daripada Lembaga Tabung Haji.
KUALA TERENGGANU, 31 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) Terengganu dan Kumpulan Syarikat Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) mempersembahkan zakat bagi negeri Terengganu berjumlah RM10.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 2018 ke hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima bayaran zakat tersebut daripada dua syarikat dalam satu majlis di Istana Syarqiyyah, Chendering, di sini semalam.

TH yang diwakili, Pengurus Besar (Operasi Domestik), Dato’ Ahmad Ruzman Ahmad Razali mendahului senarai pembayar dengan bayaran sebanyak RM6.5 juta.

Terengganu Inc pula yang menunaikan zakat sebanyak RM3.8 juta diserahkan oleh Pengerusinya yang juga Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Dato’ Osman Muda, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Rudiman Wan Razak.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M Rozi Bidin dan Pengarah TH Terengganu, Dato Mohyen Mosman.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: