Sunday, 26 May 2019

Sultan Terengganu Perkenan Orang Ramai Mengadap Di Aidilfitri

SHARE

KUALA TERENGGANU, 26 Mei - Adalah dimaklumkan bagi pengetahuan umum bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu telah mengampuni perkenan menerima orang ramai mengadap pada Hari Raya Aidilfitri Tahun 1440H/2019M di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Mengulas mengenai aturcara Majlis Penghadapan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya memaklumkan, adalah ditetapkan bahawa Kerabat-kerabat Raja, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu, Orang-orang Besar Raja, Dato'-dato', Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat, Pegawai-pegawai Kerajaan/ Badan-badan Berkanun/ Agensi Kerajaan dan orang ramai diterima mengadap pada pukul 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan berpakaian sopan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi kerajaan negeri, di sini baru-baru ini (13 Mei).


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: