Saturday, 4 May 2019

Sepak Takraw Medan Kumpulkan Anak Muda

SHARE

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 4 Mei - Kejohanan Sepak Takraw mampu menjadi medan terbaik untuk mengumpulkan anak muda melalui aktiviti sukan yang dilaksanakan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata semangat kesukanan yang ditunjukkan juga boleh membentuk persekitaran masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

"Kejohanan sebegini mampu mengumpulkan anak muda serta mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

"Malah aktiviti bersukan sebegini dapat melindungi anak muda daripada melakukan gejala yang tidak sihat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Penyelaras Dun Jerteh yang berlangsung di Dewan Terbuka Seberang Jerteh, baru-baru ini.

Seramai 20 pasukan yang hadir bagi merebut gelaran juara yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Penyelaras Dun Jerteh.

Sementara itu, Kampung Alor Saji dinobatkan selaku Juara Sepak Takraw setelah menundukkan pasukan lawan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: