Tuesday, 14 May 2019

Sekampit Beras, Sekilo Minyak Masak Sempena Ramadan

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 14 Mei - Seramai 250 orang penduduk dari lima kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menerima bantuan sekampit beras dan sekilo minyak masak sempena Ramadan.

Sumbangan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Besut kepada golongan yang kurang berkemampuan dan miskin itu melibatkan Kampung Pekan Lama, Pekan Baru, Kampung Tengah, Kampung Pantai dan Kampung Pengkalan Atap.


Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, sumbangan itu sebagai  meringankan beban penduduk yang berkelayakan menerima bantuan bagi menyambut bulan Ramadan tahun ini.

"Sempena menyambut bulan Ramadan, saya juga ingin berpesan kepada semua agar melipatgandakan ibadat supaya ianya menjadi Ramadan yang terbaik buat kita.

"Saya juga ingin berpesan, bersederhanalah dalam membeli juadah berbuka puasa dan jangan membazir,"katanya selepas menyampaian sumbangan itu, di Surau Warisan, Kampung Pekan Lama, di sini, semalam.


Turut hadir, Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pekan Lama, Kampung Tengah, Kampung Pantai dan Kampung Pengkalan Atap.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: