Monday, 6 May 2019

Rohani Dan Jasmani Yang Sihat Jadikan Hidup Lebih Bermakna

SHARE
Alias Harun

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 6 Mei - Kesihatan tubuh badan iaitu jasmani dan rohani perlu dijaga sebaik mungkin untuk menjadikan kehidupan yang lebih bermakna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, kesihatan merupakan aspek terpenting dalam menjamin kehidupan yang bahagia bersama keluarga.

Jelasnya, kesihatan yang tidak dijaga dengan baik bukan hanya akan menggangu keharmonian rumah tangga tetapi turut dilarang dalam agama. 

Kita mesti menjaga fizikal kita, tubuh badan kita, jangan kita rosakkan, sesiapa yang merosakkan tubuh badan, dengan dia tahu perkara-perkara yang menyebabkan fizikalnya makin hari susuk makin lemah ini amat dimurkai Allah, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Family On Alert di Dewan Sivik Seberang Pintasan, di sini, semalam. 

Alias turut berkata, kesihatan rohani juga memainkan peranan dalam memelihara keharmonian sesebuah keluarga.

Tambah beliau, kekuatan rohani itu akan lahir apabila setiap ahli keluarga mendekatkan diri dengan perkara-perkara berbentuk keagamaan.

"Kita tidak boleh lari, kita kena dekatkan dengan al-Quran kerana al-Quran merupakan penyembuh bagi setiap penyakit yang ada.

“Apabila badan dan rohani kita sihat maka sebagai ketua keluarga, maka kita akan dapat menjalankan tanggungjawab untuk mencari nafkah dan akan hidup bahagia tanpa terpaksa dibebani tugas tersebut kepada isteri yang sepatutnya menguruskan anak-anak,” katanya lagi.

Program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu adalah  untuk memberi  pemahaman serta kemahiran kepada keluarga Orang Kena Pengawasan (OKP) untuk bersama-sama berganding bahu membanteras dadah dan membebaskan anggota keluarga  daripada musuh negara itu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: