Sunday, 12 May 2019

Pusat Khidmat Kuala Nerus Agih 3,000 Pek Makanan Sepanjang Ramadan

SHARE
PKAPKN mengagihkan pek makanan kepada penduduk yang memerlukan.

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 12 Mei - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) mengagihkan 3,000 pek juadah berbuka puasa tajaan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali sepanjang bulan Ramadan.

Beliau yang dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini berkata, pek makanan berbuka puasa itu diagihkan kepada rakyat miskin di seluruh kawasan Kuala Nerus.

“Program ini akan terus berlangsung sepanjang bulan Ramadan tanpa mengira perbezaan parti politik dan latar belakang”, katanya.

Sebanyak 100 pek makanan telah disampaikan kepada penduduk sekitar Kampung Seberang Takir, Isnin lalu dalam program agihan yang diketuai oleh Pegawai PKAPKN, Zulkefli Ngah bersama Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan dan turut dihadiri, Pengerusi MPKK Seberang Takir, Abdul Halim Che Ibrahim.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: