Tuesday, 28 May 2019

PPD Kuala Besut Agih RM48,000 Zakat Perniagaan Kepada Asnaf

SHARE


Azbi Salleh (dua dari kanan).

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 28 Mei - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh mengagihkan zakat perniagaan beliau kepada 480 asnaf  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Beliau yang mengusahakan perniagaan emas mengagihkan RM48,000 daripada zakat perniagaannya untuk kegunaan golongan kurang berkemampuan bagi menghadapi musim perayaan

Jelasnya, pada tahun lepas beliau membayar zakat tersebut kepada 200 orang manakala untuk tahun ini senarai penerima yang layak bertambah.

“Saya berharap dengan sedikit pemberian ini dapat dimanfaatkan oleh penerima bagi persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Insya-Allah pada masa akan datang saya akan meneruskan program-program sebegini agar rakyat di DUN Kuala Besut terus mendapat manfaat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pengagihan Zakat perniagaan DUN Kuala Besut di Markaz Tarbiah Kampung Baharu, di sini, hari ini.

Turut hadir sebagai tetamu jemputan dalam majlis tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad yang turut menyampaikan ucapan.

Program berkenaan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Kuala Besut yang bertindak mengenal pasti asnaf yang layak untuk dibantu.

Golongan asnaf yang menerima bantuan itu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di kawaasan berkenaan.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: