Saturday, 11 May 2019

PKAPKN Agih Makanan Berbuka Puasa Kepada Fakir Miskin

SHARE
Bantuan makanan untuk berbuka puasa.


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 11 Mei – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) telah mengagihkan sumbangan makanan berbuka puasa kepada Penduduk Kampung Kesom Che Nordin dan Kampung Kesom Alur Rekang baru-baru ini.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi'i mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata,  bantuan itu sedikit sebanyak memberi keceriaan dalam menjalani ibadah puasa kepada penduduk yang kurang berkemampuan.

Katanya, usaha itu secara tidak langsung memberi motivasi kepada golongan fakir miskin untuk terus beribadah dengan sempurna di bulan Ramadan ini.

"Program ini telah banyak membantu warga miskin di kawasan ini dan rata-rata penduduk bersyukur dan mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas mengagihkan juada berbuka puasa kepada penduduk yang memerlukan.

Turut hadir, timbalan pengerusi  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kesom Alur Rekang, Nasir Yaakob serta Ahli Jawatankuasa MPKK yang sama-sama membantu mengagihkan juadah berbuka puasa bersama pegawai-pegawai PKAPKN.

Dalam program itu sebanyak 100 pek makanan  telah diagihkan kepada penduduk-penduduk sekitar kampung berkenaan.

Program agihan makanan berbuka puasa ini
bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir kira-kira pukul 6.00 petang.

Program tersebut akan diteruskan di kesemua kampung dalam parlimen Kuala Nerus bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menjalani ibadah puasa dengan baik.

Ia sekaligus mengurangkan kesusahan yang dihadapi oleh orang yang tidak berkemampuan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: