Tuesday, 28 May 2019

`Pilih Jadi Hamba Allah, Dunia Berkhidmatlah Kepadanya' - Wan Hassan

SHARE



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 28 Mei - "Allah berkata kepada dunia, `Mana-mana orang yang memilih untuk jadi hamba Allah kamu dunia berkhidmatlah kepadanya'," kata Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Menurutnya, dengan amalan itu, maka kehidupan golongan itu akan melimpah-ruah dengan kesenangan yang penuh keberkatan kerana dunia yang memberi perkhidmatan (nikmat) kepada mereka.

"Tetapi dunia juga diberi pesanan oleh Allah, perbudakkanlah mana-mana orang yang memilih untuk berkhidmat untukku, perhambakanlah mereka, jadi hamba dunia.

"Ini kita dapat, kita berhias untuk siapa, kita memakai perhiasan untuk orang puji kita lawa, kita lupa, di belakang kita keberkatan ditarik," ujarnya.

 Beliau menasihati demikian kepada ibu muda yang hadir ketika berucap di Majlis Projek Telekung 3.0, Ameerah Kawasan Dungun di Pusat Tarbiyyah dan Kelas Fardhu Ain, Taman Permint Indah, di sini, baru-baru ini.

"Keberkatan rezeki yang ditarik, keberkatan ini akan dibawa masuk ke dalam rumah kita (ditarik).

Walaupun, katanya, perhiasan dibenarkan tetapi perlu disusun dengan cara berpakaian yang menghasilkan pahala.


Projek tahunan kali ketiga itu bertujuan menghargai dan meringankan beban yang ditanggung oleh golongan wanita berusia 40 tahun ke bawah. Turut hadir, Ketua Muslimat PAS Kawasan Dungun, Khairiah Mokti.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun ketika berucap merasmikan program berkenaan menasihati agar menjaga anak sebaik-sebaiknya kerana mereka merupakan amanah Allah SWT.

"Kalau anak kita sudah pandai keluar rumah, kita kena ambil tahu, siapa kawannya, kalau kawannya seorang yang baik, pastikan balik rumah pukul berapa?

"Saya juga minta sebagai ibu, jaga mulut daripada berkata yang tidak elok kepada anak-anak kerana ianya merupakan doa buat anak kita, " pesan beliau kepada 40 orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, miskin dan mualaf.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: