Sunday, 26 May 2019

PERANTAU Duta Pelancongan Terengganu

SHARE
Wakil media menerima cenderahati dari Ariffin (dua dari kiri).
KUALA TERENGGANU, 26 Mei - Kerajaan negeri melantik Persatuan Anak-anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) sebagai duta pelancongan untuk mempromosi negeri itu ke seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, mereka bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai Negeri Terengganu sekali gus menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri tersebut.


"Ini bererti semua perantau anak Terengganu yang berada di luar negeri Terengganu dilantik sebagai duta pelancongan yang membawa imej Terengganu yang dikenali sebagai negeri cantik, budaya menarik," jelasnya.
Ustaz Ariffin

Beliau berkata demikian ketika meraikan wartawan dan kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri di Majlis Berbuka Puasa Jabatan Pelancongan Negeri Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, di TD1303 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pelancongan Negeri Ab Rasid Jusoh, Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat) Wan Mohd Firdaus Wan Sembak, kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri dan pengamal media.

Sementara itu Ariffin berkata jabatan pelancongan negeri Terengganu akan menganjurkan Pertandingan Pelita Raya di Kampung Gelugur mulai 30 Mei ini.
Kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri dan Pengamal Media hadir di Majlis Berbuka Puasa Anjuran jabatan tersebut di TD1303 hari ini.

"Saya telah menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri dan pertandingan itu akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat melibatkan 38 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam DUN ini.

"Untuk menjayakan program tersebut saya sendiri telah membeli kira-kira 2 ribu biji pelita raya dari beberapa buah pasaraya di Kuala Lumpur bimbang peserta tidak dapat membeli pelita berkenaan untuk pertandingan tersebut," jelasnya.

Katanya, pelita berkenaan akan diberi percuma kepada peserta yang masih belum ada pelita untuk menyertai pertandingan tersebut.

"Saya mendoakan semoga program itu dilaksanakan dalam keadaan cukup meriah dan berjaya diadakan nanti," tambahnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: