Tuesday, 7 May 2019

Penduduk Terjejas Bekalan Air Dibantu

SHARE

Oleh: Hidayah Azlin

SETIU, 7 Mei- Penduduk yang terjejas akibat musim kemarau di Kampung Tok Dor, di sini segera dibantu bagi mengurangkan kesulitan mereka berikutan kekurangan bekalan air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, langkah penyelesaian sementara yang diambil adalah dengan membeli setangki air dengan Syarikat Air Terengganu (SATU). 

Katanya, cuaca panas berpanjangan telah menjejaskan punca bekalan air beberapa rumah penduduk di kampung berkenaan.

"Untuk sementara ini, kita pinjam tangki air dari Pusat Latihan Pembangunan Pengembangan (PLPP) dan membeli setangki air SATU bagi kegunaan enam buah rumah penduduk yang terjejas teruk.

"Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Dor yang turun melicinkan urusan ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman selepas menziarahi kematian seorang penduduk di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Tok Dor, semalam.

Katanya, permohonan peruntukan untuk pemasangan paip air di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar telah dibuat. 

"InsyaAllah, doakanlah agar dipermudahkan urusan kita untuk membantu rakyat,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: