Wednesday, 29 May 2019

PB Hotel Jayakan Program Amal Bantu Mahasiswa UniSZA

SHARE
KUALA TERENGGANU, 29 Mei – Paya Bunga (PB) Hotel dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah bekerjasama bagi menjayakan Program Amal dan Taaruf di Foyer Asrama UniSZA, di sini, baru-baru ini.

Sumbangan makanan dan minuman kepada pelajar yang kurang berkemampuan menjadi agenda utama aktiviti berkenaan.

Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias berkata, program yang berlangsung sembilan hari bermula 26 Mei itu adalah usaha pihaknya bagi membantu mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan.

“Program anjuran UniSZA ini buat julung-julung kalinya telah diadakan dan kami PB Hotel menyokong usaha pihak UniSZA sebagai rasa tanggungjawab kami terhadap mahasiswa.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, ramai golongan pelajar yang terbeban dengan masalah sara hidup, walaupun ada yang menerima bantuan daripada agensi tertentu, namun itu belum cukup untuk menyara perbelanjaan harian,” ujarnya.


Turut hadir dalam program itu ialah Pengurus Operasi PB Hotel, Shamsuddin Jaafar, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) UniSZA, Mazlan Mohammad, Ketua-Ketua Unit dan warga kerja PB Hotel.

Program yang akan berakhir pada 3 Jun itu mendapat sambutan yang baik daripada seluruh pelajar serta kakitangan UniSZA

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: