Tuesday, 14 May 2019

Paya Bunga Hotel Agih Bubur Lambuk Percuma Setiap Jumaat

SHARE
Bubur lambuk diagihkan kepada pengguna jalan utama didepan PB Hotel.
KUALA TERENGGANU, 14 Mei -  Hotel Paya Bunga (PB) Terengganu akan mengedarkan lebih 200 bekas bubur lambuk secara percuma pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan ini.

Pengurus Besar Hotel PB, Abdul Hadi Alias berkata, buat julung kali hotel berkenaan menganjurkan program mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan utama di pekarangan hotel itu.

Katanya, program itu merupakan satu pendekatan yang diambil oleh pengurusan hotel bagi mengeratkan hubungan serta mempromosikan PB Hotel Terengganu kepada masyarakat sekitar.

“Edaran tersebut bermula jam 3 petang bertempat di Pekarangan Lobi Paya Bunga Hotel Terengganu dan berakhir pada pukul 4.00 petang.



“Seluruh warga Terengganu yang berdekatan dijemput memeriahkan lagi program ini dan mengambil bubur lambuk yang disediakan khas oleh chef tempatan kami sebagai juadah berbuka puasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengedarkan juadah itu di pekarangan hotel itu, baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Hadi turut berkata, pihak pengurusan dan kakitangan hotel amat terharu dengan sambutan orang ramai yang datang dan sanggup beratur untuk mengambil bubur lambuk.

Jelasnya lagi, program itu  mampu memberikan impak yang positif kepada masyarakat setempat serta memperkasakan lagi penjenamaan PB Hotel Terengganu sebagai hotel patuh syariah.

“Ini adalah pendekatan untuk memperkasakan hotel kami, secara tidak langsung ia akan menjana ekonomi negeri kerana hotel ini adalah hotel milik kerajaan negeri” tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: