Wednesday, 8 May 2019

Paya Bunga Hotel Terengganu Tawar Pakej Menarik Sempena Ramadan

SHARE


KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Sempena kedatangan bulan Ramadan, Hotel Paya Bunga (PB) Terengganu yang berpangkalan di sini melancarkan menu bufet Maidah Al-Barakah kepada orang ramai yang berbuka puasa di hotel itu mulai 6 Mei lalu.

Pelbagai juadah beraneka ditawarkan kepada pengunjung termasuk hidangan berkonsepkan bazar Ramadan ditawarkan bagi menghidupkan kemeriahan suasana di Hotel PB.

Menu utama yang menjadi kegemaran pengunjung adalah kambing panggang, ketam masak cili api dan patin masak tempoyak.

Pengurus Besar Hotel PB, Abdul Hadi Alias berkata, promosi bufet yang berlangsung sehingga 4 Jun depan bermula pukul 6.30 petang hingga 9 malam dibuka dengan harga yang berpatutan iaitu RM69 bagi dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

“Pakej berbuka puasa dan sahur sama ada persendirian atau korporat juga turut ditawarkan kepada pelanggan yang ingin meraikan anak-anak yatim dan kita menyediakan ruang yang boleh memuatkan seramai 100 hingga 450 orang.

Selepas berbuka puasa, para tetamu juga boleh terus mengerjakan solat tarawih berjemaah di surau kami yang boleh memuatkan kira-kira 150 jemaah. Solat tarawih ini diadakan setiap malam dan dipimpin oleh pelajar-pelajar tahfiz dari Kolej al-Quran Terengganu.

“Harga diskaun juga akan diberikan sekiranya pelanggan membuat tempahan lebih awal, pakej sahur pula berharga RM30,” katanya.

Menurut Abdul Hadi lagi, kenikmatan berbuka puasa lebih selesa kepada pengunjung kerana pihaknya menyediakan konsep makan di dalam suasana kampung malah kolam renang yang terletak bersebelahan The Roselle @ Eleven juga mengindahkan lagi pemandangan.

Pihaknya juga memberikan diskaun sebanyak 30 peratus untuk warga emas yang ingin berbuka puasa di hotel berkenaan.

“Lokasi berbuka puasa hotel ini juga mampu menampung kehadiran 107 pengunjung dalam satu-satu masa. Dan bagi mereka yang ingin menikmati moreh selepas tarawih, harga yang ditawarkan serendah RM10 seorang.

“Sebanyak RM1 daripada setiap pembelian akan disumbangkan ke Tabung Rohingya,” tambah beliau.

Hotel PB merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu.

Orang ramai yang berminat untuk menikmati juadah yang disediakan boleh membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan bufet Ramadan dengan menghubungi talian 09-6006666.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: