Monday, 27 May 2019

Kompaun Jika Buang Sampah Di Tempat Awam

SHARE

LARANGAN MEMBUANG SAMPAH DI TEMPAT AWAM

1) Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki membuang sampah di tempat/tong sampah yang telah disediakan. Perbuatan membuang sampah merata-rata adalah bersalahan dengan peruntukan -

(i) Perenggan 47(1)(a) Akta Jalan,Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133); atau

(ii)Undang-Undang Kecil 13, Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,1981

2)Tawaran kompaun berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh)secara serta merta akan dikeluarkan oleh anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kepada mana-mana orang yang melakukan kesalahan di perenggan (1) di atas.

3)Sekiranya, pesalah laku enggan menjelaskan tawaran kompaun di perenggan (2) di atas, mereka boleh di denda sehingga -

(i)RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus) bagi kesalahan di bawah Akta  Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133); atau

(ii)RM250.00 (Ringgit Malaysia : Dua ratus lima puluh) bagi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, 1981

Kompaun ini akan bermula hari ini 27 Mei 2019.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: