Friday, 10 May 2019

Pertemuan MB - PM Supaya Pertimbang Hasrat Rakyat Terengganu

SHARE

PUTRAJAYA, 10 Mei - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bertemu mata dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjumpaan santai selama satu jam bagi mendapatkan panduan dan rayuan berhubung beberapa perkara, di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berkait beberapa isu termasuk hala tuju pelaburan pihak luar negara ke Terengganu.


Malah, Dr. Samsuri juga memberitahu, mereka turut membincangkan projek di bawah 'Rolling Plan RMK11' di bawah Teras V, isu wang tunai petroleum, baki pinjaman Kerajaan Persekutuan untuk projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), projek Khazanah di Terengganu dan pemerkasaan ekonomi penduduk tempatan.

"Terima kasih atas panduan dan pandangan dari YAB Perdana Menteri.

"Semoga rayuan kami rakyat Terengganu diberi pertimbangan yang adil dan sewajarnya," kata beliau lagi.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: