Friday, 10 May 2019

MB Terengganu Berbuka Puasa Bersama Rakyat Kampung Pulau Panjang

SHARE
MB (tengah) bersalaman dengan orang ramai di perkaranganperkarangan Masjid An-Nur, Kampung Pulau Panjang, Jerteh Besut.
BESUT, 10 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman bergegas dari Kuala Lumpur ke Masjid An-Nur Pulau Panjang,  Jerteh di sini untuk berbuka puasa bersama penduduk kampung kelahiran beliau itu.

Katanya, beliau menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus ke Kota Bharu,  Kelantan untuk mempercepatkan perjalanan supaya sempat berbuka puasa di situ.

"Jika mengikut jadual asal saya terus sahaja ke sini tetapi semalam saya terpaksa terbang ke Kuala Lumpur untuk pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini," katanya.
MB (kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang anak  yatim  di Masjid  An-Nur Pulau Panjang,  Jerteh Besut.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bantuan Anak Yatim dan Fakir Miskin Kampung Pulau Panjang, di masjid berkenaan hari ini. 

Dr Ahmad Samsuri sempat menyampaikan bantuan kepada empat orang anak yatim dari 18 orang penerima sebelum waktu berbuka di masjid itu. 

Di samping itu, beliau turut mengisytiharkan peruntukan penambaikan masjid itu dengan jumlah besar yang dirahsiakan. 

Dr Ahmad Samsuri ketika mengimbau kembali zaman kanak-kanak menyatakan bahawa beliau pernah belajar mengaji al-Quran di sebuah bangsal khas di tepi masjid itu.
Penduduk Kampung Pulau Panjang, Jerteh berbuka puasa di perkarangan Masjid An-Nur. 
Bagaimanapun bangsal berkenaan sudah tiada dan begitu juga rumah tempat kelahiran beliau.

Kira-kira 300 orang penduduk kampung berkenaan hadir berbuka puasa di perkarangan masjid berkenaan.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: