Wednesday, 15 May 2019

MB Kacau Bubur Lambuk Bersama Kakitangan Awam

SHARE


 
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) sempat mengacau bubur selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis kerajaan.

KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Bagi merapatkan hubungan bersama warga Wisma Darul Iman (WDI), program mengacau bubur lambuk bersama Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diadakan di perkarangan WDI, di sini, hari ini.

Turut sama mengambil bahagian dalam program itu ialah kelab-kelab yang berdaftar di bawah WDI.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Tengku Farouk Hussain Tengku Abdul Jalil berkata, program yang diadakan itu mampu memantapkan lagi pentadbiran Kerajaan Terengganu.

Katanya, program itu mewujudkan kerjasama antara pihak pentadbiran tertinggi dan kakitangan awam sekali gus akan menghasilkan hubungan dan kefahaman yang baik.

“Hari ini kita kacau bubur lambuk bertujuan untuk  mengeratkan lagi hubungan di antara kelab-kelab (dan kakitangan) yang ada di Wisma Darul Iman.

Dato' Tengku Farouk Hussain Tengku Abdul Jalil.

“Dan kita akan bahagikan bubur lambuk ini kepada orang ramai terutamanya dan juga kakitangan awam yang berkhidmat di wisma ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau perjalanan program berkenaan.

Dalam program berkenaan, Menteri Besar turut meluangkan masa mengacau bubur itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.

Sebanyak 22 periuk digunakan untuk menghasilkan juadah itu yang akan diagihkan kepada orang ramai bermula selepas Zuhur.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berakhir sekitar jam 11.30 tengah hari.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: