Thursday, 2 May 2019

MAIDAM Agih Wang Zakat RM12.064 Juta

SHARE
Dato' Osman (tengah) beramah mesra dengan guru-guru pondok dan madrasah di Dewan Terbuka JHEAT.

KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) memperuntukkan wang zakat sempena Ramadhan sebanyak RM12.064 juta untuk 24,795 penerima zakat tahun ini berbanding RM13.064 juta bagi 26,435 penerima berkenaan tahun lalu.

Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda berkata, pembahagian hari ini melibatkan penerima zakat dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir berjumlah RM380,600 bagi 786 orang.

Katanya, dari jumlah itu seramai 331 orang menerima RM600 seorang manakala 455 orang menerima RM400 seorang.
Dato' Osman (temgah) menyampaikan wang zakat kepada Ustaz Hamzah Ngah (kanan) wakil dari Maahad Darul Quran Rusila Marang di Dewan Terbuka JHEAT.
"Penerima yang mempunyai ahli keluarga lebih dari tiga orang mendapat RM600 seorang, sementara yang mempunyai ahli  keluarga maksimum tiga orang atau kurang dari itu, mendapat RM400 seorang," jelas belau.

Katanya, pembahagian zakat sempena Ramadhan itu bermula hari ini hingga 28 Mei ini dibuat secara berperingkat-peringkat di seluruh daerah melibatkan 32 Kawasan DUN.

Program tersebut katanya, akan dijalankan oleh semua Pusat Urusan Zakat Daerah dalam tempoh berkenaan.

Dato' Osman berkata demikian  ketika merasmikan Majlis Pengagihan Zakat Sempena Ramadhan di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini hari ini.

Antara gugu-gugu pondok yang hadir di Majlis Pengagihan Zakat di Dewan Terbuka JHEAT.


Menurut beliau, MAIDAM juga menyalurkan bantuan kepada 13 buah pondok atau madrasah untuk Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok atau Madrasah yang berdaftar dengan JHEAT sebanyak RM880,000 sehingga April lalu.

Selain itu katanya, sebanyak lima Pusat Pemulihan menerima bantuan dari majlis itu sebanyak RM585,360.

Di samping itu sebanyak dua rumah perlindungan turut menerima bantuan berkenaan dengan jumlah sebanyak RM185,760.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: