Thursday, 16 May 2019

Kuliah Ustaz Azhar Meriahkan Pasar Malam

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 16 Mei- Selain menjalankan urusan jual beli, pengunjung dan peniaga pasar malam di Kampung Dendang turut dapat mendengar ceramah agama apabila rakaman kuliah Ustaz Azhar Idrus dipasang di tapak pasar malam berkenaan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ianya akan dijadikan aktiviti mingguan sepanjang Ramadan ini bagi menghidupkan pasar malam pasar dengan program agama dan keilmuan.

"InsyaAllah kita juga akan memilih beberapa lokasi Bazar Ramadan yang mana akan diadakan seluruh DUN Bukit Besi.

" Ini satu kelainan dan satu pembaharuan yang cuba kita adakan supaya mereka yang melakukan urusan jual beli akan mendapat sesuatu yang bermanfaat," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Taman Syurga Pasar dan Bazar Ramadan, di Tapak Pasar Minggu Kampung Dendang, semalam.

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Khaziman Khalik, Penolong Penyelia i-MiTS, Zakiah Alias, dan juga beberapa kakitangan i-MiTS yang lain.

Katanya, program yang diadakan itu bukan sekadar memberi kemeriahan di pasar malam namun ianya dapat memastikan masa yang dilalui peniaga dan pengunjung sepanjang aktiviti urusniaga tidak berlalu sia-sia.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: