Wednesday, 8 May 2019

Konvoi ARC Kukuh Ukhuwah Anak Muda - Dr Azman Ibrahim

SHARE

Oleh: Hidayah Azlin

SETIU, 8 Mei - Sebanyak 47 buah motosikal dengan pelbagai kapasiti enjin (cc) menyertai Konvoi Alternative Riding Club (ARC) kawasan Jabi ke Cameron Highlands yang berkonsepkan riadah, ukhuwah dan tarbiah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, program santai itu bukan sekadar makan angin semata-mata sebaliknya menjadi medium mengukuhkan persaudaraan antara anak muda.

“Konvoi ini bukan untuk berlumba tetapi kita mahu pupuk ikatan ukhuwah dan kerjasama di sepanjang perjalanan mereka,” katanya ketika ditemui di Perkarangan Masjid Jabi Lama sebelum berangkat ke Cameron Highlands, baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi mengingatkan bahawa pemuda mempunyai peranan yang penting untuk membawa risalah Islam dan menjadi mata telinga kepada kerajaan.

“Kali ini, kita keluar seketika mencari semangat dan ketenangan. Semoga kita kembali nanti dengan semangat baru untuk menjalankan tugas di peringkat masing-masing,’’ katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: