Tuesday, 28 May 2019

Kongsi Pandangan `Undang-Undang Tubuh Diri Kerajaan Terengganu' Tingkat Kefahaman

SHARE

KUALA TERENGGANU, 27 Mei - Perkongsian pandangan tafsiran mengenai Undang-Undang Tubuh bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu akan lebih memberi kefahaman untuk mengenali Kerajaan Terengganu.

Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr Syamrahayu Ab. Aziz berkata, program yang baik dan sangat bermakna mampu membuka mata peserta bukan sahaja mengenai Undang-Undang Tubuh bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang dikaitkan dengan Itqanul Muluk Bi Ta'dil as-Suluk tetapi juga soal sejarah perundangan negara sebelum dan selepas merdeka.


"Pada saya pendedahan kepada peruntukan perlembagaan ini akan memberikan kita kefahaman yang lebih mantap.

"Tentunya apabila kita mengenali bagaimanakah perkara yang lebih baik untuk kita kemukakan atau laksanakan (perundangan) pada masa hadapan," jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Bicara Darul Iman Siri Ke -3 Tahun 2019 di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato A. Rahman Yahaya dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.

Sementara itu, Yahaya berkata, peserta juga diberi pendedahan berkait dengan undang-undang perlembagaan Persekutuan, sejarah dan seumpamanya.

"Saya bagi pihak  Ahli Dewan Undangan Negeri khususnya berpuas hati dengan penjelasan dan soal jawab yang ditimbulkan sepanjang program.

"Saya juga mewakili kerajaan negeri mengucapkan terima kasih atas majlis syarahan utama oleh Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz negeri dan komitmen sepanjang program diadakan," ujarnya.

Tambah beliau, ada beberapa perkara menarik yang disyorkan oleh beliau untuk diteliti semula berkait dengan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Terengganu dalam konteks dan hubungan dengan Perlembagaan Persekutuan.












SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: