Wednesday, 8 May 2019

Kompleks Pendidikan Islam Besut Terengganu Bakal Lahirkan Ilmuwan Agama

SHARE
Kompleks Pendidikan Islam di Besut.
Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 8 Mei - Pembinaan Kompleks Pendidikan Islam di Besut akan menjadikan daerah itu sebagai perintis melahirkan lebih ramai generasi al-Quran yang menjadi rujukan masyarakat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata,  kompleks itu siap dibina dengan 20 kelas dan dijangka mampu menampung 1,000 pelajar pada satu-satu masa.

Katanya, ia bukan sahaja bertujuan melahirkan pelajar yang menghafal 30 juzuk al-Quran (huffaz), malah mampu berkhidmat kepada masyarakat dalam pelbagai bidang selepas tamat belajar nanti.

“Pembinaan kompleks ini mampu untuk melahirkan penghafal-penghafal  kitab suci al-Quran serta menyebarkan dakwah Islam.

Wan Azhar melawat Kompleks Pendidikan Islam.
Pembinaan kompleks ini juga dapat melahirkan suatu persekitaran yang sejahtera di  kalangan masyarakat setempat,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas mengadakan lawatan ke kompleks berkenaan di Kampung Lubuk Kawah, di sini semalam.

Wan Azhar juga berharap dengan siapnya pembinaan kompleks itu, ia dapat menarik perhatian ibu bapa untuk memberi kepercayaan kepada sistem pembelajaran berteraskan agama.

Tambah beliau, sistem pembelajaran di kompleks tersebut akan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa utama dalam mata pelajaran tertentu.

“Proses pembelajaran di sini lebih menekankan ilmu agama di mana bahasa Arab menjadi teras untuk memudahkan sesi pembelajaran,” katanya lagi.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: