Friday, 3 May 2019

Kerjasama Strategik, Perkasakan Ekonomi Bumiputera Islam

SHARE
Dr Alias Razak.
KUALA TERENGGANU, 3 Mei - Kerjasama strategik antara kerajaan dengan setiap agensi akan memperkasakan sektor ekonomi bumiputera Islam di Terengganu khususnya dan negara amnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajan negeri sangat komited untuk menjana ekonomi dan mengembangkan taraf hidup setiap masyarakat melalui sektor pertanian.

Katanya, usaha itu tidak akan mencapai objektif sekiranya agensi dan mana-mana pertubuhan tidak berfungsi dengan baik bagi menjalin kerjasama dengan kerajaan.

“Kerajaan bersendirian tidak mampu untuk kita tangani semua kehendak dan keperluan rakyat setempat, yang memerlukan kehendak berbagai, melainkan ada bantuan dan kerjasama daripada koperasi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan jabatan-jabatan lain.

Sama ada memberi sumbangan idea dan sama-sama berfikir bagi membangunkan negeri ini, kita bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat terutamanya Islam dan Melayu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-35 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kuala Terengganu Berhad (KODATER), di Dewan Wawasan Peladang, Wisma Peladang, di sini semalam.
 
Dr Alias bersama AJK KODATER.
Turut hadir, Pengerusi KODATER, Yusof Musa, wakil pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri, Mohammad Kamal Abd. Rahman dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Akram Hasan.

Alias turut menegaskan, pembangunan dan kemajuan yang dicapai hasil kerjasama tersebut akan dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.

“Apabila negeri dan negara maju, kuat dan teguh, kita akan sama-sama rasai nikmat.

“Apabila berlaku sebaliknya, kita juga akan menanggung risiko, jadi kita perlu sama-sama pikul tanggungjawab yang besar ini," tambah beliau.

Untuk rekod, kerajaan negeri menerusi Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030) telah meletakkan agenda pertanian sebagai fokus utama yang perlu direncanakan dalam tempoh itu.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: