Thursday, 9 May 2019

Kerjasama Dengan IPT Pastikan Sifar Keciciran

SHARE

KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu membuka ruang kepada pelajar yang tercicir daripada permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) untuk melanjutkan pelajaran.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, ianya adalah satu usaha yang sangat bagus untuk mengsifarkan keciciran pelajar yang layak ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha yang di buat oleh Yayasan Terengganu  untuk membuka ruang kepada pelajar Terengganu bukan sahaja mereka yang  tercicir tetapi terbuka kepada mereka yang mendapat (tawaran) UPU.

“Tapi mereka nak mencuba bidang kemahiran  ada yang ditawarkan di ‘booth’ pada hari ini, mungkin mereka boleh mengambil maklumat dan syarat kemasukan,” jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata demikian dalam sidang media dalam majlis Karnival Pendidikan Sifar Keciciran ke Intitut Pengajian Tinggi (IPT) di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), di sini, hari ini.

Maliaman berkata, dengan adanya pameran yang bertujuan menyebarkan maklumat berkenaan pengajian, bermakna tiada alasan untuk mengatakan  mereka tercicir tanpa pembelaan dari mana-mana pihak.

“Mungkin ada pelajar yang tak tahu makluman dan dengan ada pameran macam ini membuka peluang supaya pelajar kita  tidak  ada yang tercicir.

“Yang tercicir sebenarnya bukan tiada kelayakan tapi mungkin ‘miss flow’ (dan banyak) yang ditawarkan, ada peringkat diploma dan sijil. Ia bergantung  kepada agensi,” ujarnya.


Justeru itu beliau berharap pameran sebegini dibuat untuk  tahun yang akan datang.

Katanya, pameran tersebut diadakan setiap tahun dan  ini pengajuran kali kelima  melibatkan 43 agensi agensi termasuk Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta bidang kemahiran.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: